Tanduk Tengkorak

Kerap Main Handphone Tengkorak Tumbuh ‘Tanduk’

Kerap Main Handphone Tengkorak Tumbuh ‘Tanduk’ ini dilaporkan mengalami pembesaran dan semakin bertambah jika kerap bermain phone. Satu tulang tajam seakan-akan tanduk didapati tumbuh pada belakang tengkorak mereka yang asyik melihat telefon pintar, kata pasukan penyelidik Australia.

Bahagian bawah tengkorak yang dinamakan occipital protuberance itu dilaporkan mengalami pembesaran dan semakin bertambah, khususnya pada mereka yang berusia antara 18 hingga 30 tahun.

Penyelidik dari Universiti Sunshine itu telah menjalankan imbasan keatas lebih 1000 tengkorak dan melihat banyak masalah bonjolan pada tengkorak pesakit.

“Saya menjadi doktor lebih daripada 20 tahun dan hanya pada dekad sebelum ini saya melihat semakin banyak masalah bonjolan berlaku pada tengkorak pesakit,” kata ketua penyelidik berkenaan, Dr. David Shahar.

Menurutnya lagi, masa yang dihabiskan dengan peranti gadget mungkin menjadi tekanan pada bahagian tubuh yang jarang digunakan, menyebabkan ia berubah sedikit demi sedikit.

Otot pada bahagian leher yang bersambung pada kepala kerap digunakan seseorang ketika sedang tunduk menghadap telefon bimbit, menyebabkan ia menjadi semakin besar dan kuat. Akibatnya, tengkorak yang mempunyai berat purata 5 kilogram, akan menghasilkan lapisan tulang baru bagi mengukuhkan bahagian yang menyokong otot pada leher ini.

Adakah anda merasakan tulang ini pada bahagian tengkorak anda?

Sumber: era.je